Sunday 18 April 2010



















Gambar disekitar London yg sempat diambil

London 2010

Di kesempatan Cuti Easter baru2 ni, dipermudahkan Allah perjalanan kami ke London. Sejak lebih 2 thn berada di UK, inilah pertama kali memijak kaki ke sini. Jauh perjalanan luas pemandangan & pengalaman. lagi meletihkan dgn masa melebihi 10 jam berkereta. bertolak jam 10 pagi, Kami singgah sekejap di Manchester makan & solat. Alhamdulillah sampai sekitar jam 11 malam. Sesampainya di apartment..anak2 sudah surrender dan masing2 Muhammad & Udin kata tak mau dah datang london ..letih..

Keesokkan hari kami menaiki tube dan destinasi pertama ialah london Eye. Masa tu sekitar jam 10.30 am..org masih sedikit & x perlu beratur panjang. Melalui London Eye ni..kita dapat melihat view London City, yg jelas ialah Sg thames dibawahnya & pandangan Parlimen, Big Ben & keseluruhan citynya..Turun kemudian kami menyusuri Parlimen dgn lebih dekat & menuju ke London Bridge.

Setelah keletihan & kelaparan mengelilingi city..kami menuju ke Malaysian Hall. Kepada anak2 dinyatakan ..makanlah puas2...so dapatlah menikmati cucuk..kuih lapis & ikan keli..Sebaik sahaja nak bayar £20...alahai sedihnya..dompet duit dah lesap dek kena penyeluk saku. habis dibuka segala isi beg yg ada..Kantin pulak tak terima kad suami. Belek punya belek..adalah terkepit duit £20 pound dlm simpanan suami. Wallet saya siap dgn lesen UK, debit card & matric card lesap.

Mlm tu memang rasa seidh sebab bila hilang kad2 ni kena bayar buat baru. lagi sedih sebab duit tunai yg ada tu plan bayar masuk tiket2 & tambang bus hip hop. Apapun Alhamdulillah suami nasihatkan x perlu sedih..lebih baik hilang duit dari ditimpa musibah yg lebih besar. jadi perjalanan hari ke2 berjalan dgn lancar. Kami sempat ke Tralfargar Square, Istana Buckingham & bersiar2 di sekitar City. Kami balik awal sikit sebab masing2 dah keletihan.

Esoknya kami mengelilingi sekali lagi Bandaraya London & singgah di tempat yg paling ingin dilawati iaitu British Museum sebelum balik. Dlm perjalanan kami singgah di Bicester Village, tempat shopping yg top di Eropah. Sebutlah nak jenama apa..semua ada Gucci, Pink, Mulberry, versace.....Saya sempat masuk banyak juga kedai..tengok mak Arab ambil berhelai2 baju Mulberry tak tengok harga pun...Takut tengok harga baju saiz Syafaah aje dah £200. So, ingat nak beli jugak sehelai dua baju blouse sebelum, tapi bila ingat duit yg hilang tu..sempat try 2-3 helai baju jenama Pink. Ada less sampai 60%. Harga baru sekitar £39-£59. Kalau di Malaysia rasa2 memang tak mampu beli sebab sehelai aje sekitar RM 800.00. Dah try & tau saiz baju, takpalah..nanti beli on line aje kalau ade rezeki. So perjalanan diteruskan ke Leeds & tidur di York. Dasyat juga perjalanan kami dari jam 10 am, jam 3 am barulah melelapkan mata di rumah sahabat, Ayu & Shahar. TQ atas kesudian mereka menerima kedatangan kami & mengadakan jamuan BBQ..sedap...sungguh.

Friday 1 January 2010






Assalamualaikum w.r.t.h semuanya. Nampaknya kenduri Ghafar menjadi penutup kepada semua events keluarga Darham bagi tahun 2009. Nampaknya ramai juga kulaan yang dapat menghadirkan diri. Tahniah diucapkan kepada Ghafar & isteri sekali. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan diberkati Allah sentiasa.

Di UK sekarang sedang dilanda kesejukan yang melampau sangat-sangat. Salji yg turun sebelum krismas belum lagi cair2, tetapi bertukar menjadi ais batu. Malah dijangkakan minggu depan ni makin teruk lagi. Masa ni jalan raya menjadi sangat merbahaya sebab licin sekali. Ada juga 2-3 org yg dah mati terjatuh. Diaggarkan lebih 20 ribu kes sehari dilaporkan di hospital2 & klinik kecederaan akibat terjatuh licin. Sungai& tasik juga membeku. Harap2 jangan otak saya beku sama sudahlah......sebab bila sejuk ni, selesa sekali duduk di bawah selimut tebal. Suhu boleh kata selalu negatif aje.

Bila sejuk begini, tak dapat nak tipu diri ini, akan betapa rindu pada tanah tumpah darah sendiri. Suami jugak selalu kata, cepatlah sikit habiskan study ni, boleh balik cepat ke Malaysia. Suhu sejuk ni, kita tak boleh nak lari mana2. Even buka heater, masih lagi sejuk. Kulit2 habis menggelupas, mungkin kesan pemanas tu. Sekali-sekala masak gulai, buka tingkap.....hai lucu juga sebab air2 yg ada disekitar tingkap tu keras membeku. Kiranya kalau letak makanan tepi tingkap, lebih sejuk dari dalam peti ais.

Apapun, Insyaallah, semoga semua yang dihadapi hari2 di bumi UK ni akan lebih menjadikan kami kekuatan dan ketabahan menjalani kehidupan ini. Ditambah dgn amanah yg dipikul, serta bebanan pengajian,menguruskan anak2 & keluarga, semoga Jihad ini dipermudahkan Allah selalu. Dipohon doa daripada Emak serta keluarga agar saya dapat menghabiskan pengajian ini & pulang kepangkuan seperti yg sepatutnya. Terima kasih yg tidak terhingga kepada Emak & arwah Ayah yang telah melahirkan serta bersusah payah membesarkan saya. Juga terima kasih kepada semua ahli keluarga yang selalu menyokong & mendoakan kami disini.

Salam tahun baru buat semua dari kami di perantauan.

Khaliza & Syed Mahadi serta anak2.