Tuesday 15 September 2009

Ke opis

Ini adalah hari pertama, aku ke opis setelah mengutip data. Hasratku hanya sedikit sahaja. Asal dapat menyiapkan analisa 1-2 temubual yg tersimpan di walkman Sony ku. Termanggu aku seketika, sebaik sahaja masuk ke kereta. Ya.....dah berubah...aku masukkan gear kereta, tapi rutin yg baru, kalau dahulu wira tapi kini.... Mercedez buruk...yg benar-benar membantu kehidupan kami di perantauan. Terima Kasih ya Allah...masih lagi mengurniakan kami kenderaan yg baik utk dinaiki, satu daripada nikmat dunia.Seketika, aku membelok ke kanan.......ah... terlupa lagi. terkial2 ku mencari tuil isyarat...oh.....di sini kau.


Sebaik menaiki lebuh raya....wajib dilaksanakan iaitu melihat had laju. Ok, 50..tapi mengapa even trailer pun memotong ku, sedangkan ku lihat di meter sudah 60. Oppssss...rupa-rupanya 60 km. Sepatutnya 50 batu da...a, padanpun macam slow aje. Alhamdulillah sudah sampai di parking kereta. Masih ada space. Ku buka pintu kereta. serentak keluar seseorg di sebelah ku......Seperti biasa...dan, dah biasa dan akan selalu menjadi kebiasaan iaitu apa yg keluar dari mulut org2 di sini ialah...." A lovely day".....hampir lupa aku, itulah budaya Scottish, tajuk utama baik di kelas, pasar, sekolah, meeting even conference ialah cuaca hari ini. jarang-jarang Scotland mengalami cuaca yg sebegini baik tahun ini. "Dunia sudah tua" kata suami ku. Tahun lepas....kalau begini masanya sudah sejuk sekali. Apapun....aku memulakan kerja yg sepatutnya dituntut patut ku lakukan......Selamat berpuasa & beribadah

No comments:

Post a Comment