Wednesday 16 September 2009

Ramadhan di Perantauan

Kelmarin, mlm ke 27 ramadhan, alhamdulillah aku di beri kesempatan Allah berbuka di Central Mosque bersama rakan baik Fidah. Spt biasa, santapan beriyani ayam disediakan. suami & anak2 pula berbuka di masjid Al-Farouq. Juadahnya, seperti biasa juga beriyani kambing. Udin makan epal & burger, maybe pedas & tak tahan.

Apa yg ingin ku kongsi ialah, teringat mula2 berkahwin di di malaysia dulu, kami pernah ditegur ustaz sewaktu membeli makanan di Bazaar ramadhan. Kata ustaz tu "hai...sampai tak cukup 10 jari tu". Balik rumah tu, kami istigfar banyak-banyak. Ya Allah, membazirnya. Sudahlah tak de anak lagi ketika tu, makanan penuh di meja. nampaknya Ramadhan x dihayati sepenuhnya.

Di sini, kalau sebulan, aku jarang memasak, boleh kata x pernah masak lah utk berbuka. masak utk sahur sahaja. Hari-hari makan di masjid, satu lauk saja....menu wajib, yg x pernah ditukar2 nasi beriyani lauk kari kambing atau ayam.

Syukur Ya.. Allah memberi kami peluang merasai Ramadhan di bumi UK ini, & syukur Ya Allah kami diberi peluang merasai Ramadhan kali ini, yg tak tentu dpt dirasai di tahun hadapan. Berikanlah kami kekuatan menghiasi 2 mlm lagi di bulan yg penuh keberkatan ini.

No comments:

Post a Comment